Seperti yang kita tahu, pokok kelapa mempunyai pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pokok kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pokok kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pokok yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.
Walaupun begitu, satu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyaknya dikatakan membawa kesan negatif pula???. Propaganda semata-mata kan..
Walaupun begitu, satu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyaknya dikatakan membawa kesan negatif pula???. Propaganda semata-mata kan..
Minyak kelapa dara (VCO) merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa menggunakan haba dan bahan kimia di mana struktur tulen dalamanya dapat dikekalkan.
Pada tahun 1966, seorang professor farmakologi dari Universiti Michigan membuat penemuan yang besar dengan mencungkil rahsia alam yang tersirat oleh buah kelapa iaitu minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, parasit dan kulat.
Melihat kekuatan yang terdapat pada minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit.
Berikut adalah kata-kata pakar:
Belum pernah dalam sejarah manusia begitu penting untuk menekankan nilai minyak laurik. Minyak Kelapa Dara mengandungi medium chain triglycerides (MCT) yang mempunyai hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu. MCT mempunyai kesan nutrien yang sama dengan air susu ibu.
-DR.Jon J. Kabara,Ph.D.
Professor Emeritus,
Michigan State University
Dapat mengurangkan berat badan sebanyak 36 pounds setahun tanpa penukaran diet pemakanan kecuali Virgin Coconut Oil (VCO) yang digunakan, sungguh menakjubkan.
-Dr. Bruce Fife,
Pengarang buku baru, Eat Fat,
Look Thin: A Safe and Natural Way to Lose Weight Permanently
Kira-kira 50 peratus dari asid lemak dalam lemak kelapa adalah asid laurik. Asid laurik adalah asid lemak rantaian sederhana, yang mempunyai fungsi bermanfaat tambahan iaitu dibentuk menjadi monolaurin dalam tubuh manusia atau haiwan. monolaurin adalah monogliserid berciri antivirus, antibakteria dan antiprotozoa yang digunakan oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus-virus berselaput lipid seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria patogenik termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, dan protozoa seperti giardia lambia. beberapa kajian juga menunjukkan sedikit kesan antimikrob asid laurik bebas. Minyak kelapa dara adalah makanan yang berfungsi memberi pelbagai khasiat kesihatan.
-Dr. Mary Enig,
University Maryland USA

